17:13

SOAL JAWAB


1. Adakah terdapat sebarang kesan sampingan terhadap pengambilan Super Typhonium? Bagaimana?


Buat masa ini, tiada sebarang kesan sampingan yang diketahui didokumenkan. Bagaimanapun, selepas dua hari pengambilan, anda mungkin berasa tidak selesa di perut, sedikit mual, najis kehitaman dan badan terasa lesu ini disebabkan proses pembuangan toksin di dalam badan. Kadangkala pesakit mungkin akan muntah selepas penggunaan, jika ini berlaku, hentikan pengambilan sehingga rasa tidak selesa berhenti; apabila anda berasa lebih baik, anda boleh teruskan pengambilan kapsul tetapi kurangkan dos kuantiti kapsul atau anda boleh dapatkan nasihat doktor. Wanita hamil tidak digalakkan mengambil kapsul ini.

2. Adakah Super Typhonium benar-benar SEMULAJADI dan SELAMAT?


Super Typhonium telah disahkan dan diluluskan dalam negara melalui ujian-ujian di makmal, dan adalah disahkan 100%  herba, dibenarkan di seluruh dunia dan tidak merbahaya. Super Typhonium adalah dikategorikan sebagai "food supplement". Super Typhonium atau nama saintifiknya Typhonium Flagelliforme bukanlah bahan terlarang atau bahan kawalan di mana sahaja di dunia. 

3. Berapakah tempoh pengambilan produk ini sebelum saya  dapat melihat hasilnya?


Adalah digalakkan dan penting untuk anda berterusan mengambil produk ini paling minima selama tiga bulan sebelum dapat melihat hasilnya. Kebiasaannya, hasil dapat dilihat dalam tempoh 3-6 bulan.Kesan adalah berbeza bergantung kepada setiap pesakit.

4. Apakah tahap kanser yang mampu dirawat dengan produk ini?


Tahap I dan ke atas.

5. Bolehkah diambil bersama ubat konvensional yang lain? Bagaimana jika selepas kemoterapi?


Adalah lebih baik jika tidak diambil dengan ubat konvensional yang lain. Boleh diambil semasa kemoterapi.

6. Selepas sembuh, adakah pesakit perlu lagi mengambil produk ini?


Ya, kurangkan dos. 1 kapsul satu hari 

7. Bagaimana Super Typhonium memberi kesan kepada tubuh badan?


Typhonium Flagelliforme (Keladi Tikus) mengandungi bahan yang membantu menyahkan toksid dalam sistem peredaran darah. Herba ini mengandungi 2.ribosome inacting protein(RIP), zat anti oksida dan zat anti kurkumin. RIP berfungsi melemahkan perkembangan sel kanser, mematikan sel kanser tanpa menggangu sistem sekitarnya dan menghalang pertumbuhan sel kanser. Zat anti oksida berfungsi mencegah berlakunya kerosakan gen. Sementara zat anti kurkumin berfungsi sebagai anti inflamasi/ anti peradangan. Kombinasi kandungan ini mengaktifkan dengan menghasilkan mediator yang meransang untuk menguatkan sel dari sistem pertahanan tubuh untuk bersama-sama melawan sel kanser.