07:20

(KLIK UNTUK SAIZ LEBIH BESAR)

ANDA BOLEH MEMBUAT SEMAKAN SENDIRI UNTUK KEPASTIAN SILA LAYARI WEBSITE DIBAWAH  
WWW.BPFK.GOV.MY

PENTING!!!SILA BACA KETERANGAN INI:- OLEH KERANA TERDAPAT BEBERAPA PRODUK UNTUK MERAWAT KANSER DI PASARAN PADA MASA INI KAMI MENCADANGKAN KEPADA ANDA PIHAK PENGGUNA UNTUK MEMERIKSA TERLEBIH DAHULU SAMA ADA SESUATU PRODUK UBAT-UBATAN ITU TELAH DILULUSKAN KEMENTERIAN KESIHATAN ATAU TIDAK UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KESAN BURUK KEPADA DIRI ANDA SENDIRI PIHAK PENGGUNA.PASTIKAN SESUATU PRODUK UBATAN YANG ANDA GUNAKAN BERDAFTAR DENGAN KEMENTRIAN KESIHATAN DAN UNTUK KEPASTIAN LAYARI WWW.BPFK.GOV DAN MASUKKAN NOMBOR PENDAFTARAN UBATAN UNTUK MENGESAHKAN SYARIKAT YANG BERLESEN YANG MENGELUARKAN SESUATU UBAT-UBATAN ITU.......



JIKA ANDA RASA KAMI HANYA MENIPU ATAU HANYA INGIN MENGAUT KEUNTUNGAN DI ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN ATAU PUN ANDA KURANG YAKIN DENGAN PRODUK BERASASKAN HERBA,KAMI MOHON SUPAYA ANDA ABAIKAN SAHAJA APA YANG TERKANDUNG DI BLOG INI

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA NAMUN JANGANLAH KITA PERCAYA BAHAWA UBAT LAH YANG DAPAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT MINTALAH DARIPADA TUHAN YANG SATU DAN YANG MAHA ESA KERANA SETIAP PENYAKIT BUKANLAH AZAB DARI TUHAN TETAPI IANYA UNTUK MENGUGURKAN DOSA-DOSA KITA YANG LALU KERANA KITA LALAI DARI MENGINGATINYA DAN SETIAP PENYAKIT ITU ADALAH UJIAN TUHAN UNTUK MANUSIA YANG TAHU BERSABAR SERTA TAHU BERSYUKUR DAN GANJARAN ORANG YANG SABAR ITU ADALAH SEBESAR-BESAR GANJARAN DISISI TUHAN.AMIN


Setiap penyakit ada ubatnya

Telah sekian lamanya pengamal-pengamal perubatan menemui jalan buntu bagi menangani penyakit kanser. Pengubatan moden menemui pelbagai kaedah bagi mengubati kanser, seperti radioterapi atau kemoterapi, yang sehigga kini tiada pakar dapat memberikan kepastian bahawa kaedah-kaedah tersebut dapat menyembuhkan penyakit ini.Sejarah penghidap kanser, selepas melalui kaedah pengubatan radioterapi atau kemoterapi yang memeritkan ini akan menemui jalan buntu dan hanyalah sekadar memanjangkan tempoh hayat penderitaan dan bukan menyembuhkannya.ALLAH S.W.T, Tuhan sekelian alam yang maha pengasih lagi maha penyayang telah menyediakan penawar bagi segala penyakit. Benarlah Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi “Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati”. Untuk itu, Dia telah menganugerahkan sejenis herba yang dikenali dengan nama Keladi Tikus atau nama saintifiknya Typhonium Flagelliforme yang setakat ini, Alhamdulillah telah terbukti dengan izinnya dapat menyembuhkan penyakit maut ini.


RUANGAN INFO
RISIKO KESIHATAN DI ABAD KE-21

Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan, namun begitu makanan juga punca kita mendapat penyakit. Kalau kita mempunyai tabiat makan yang buruk, kita sengaja mengundang penyakit.

Di zaman moden ini kita susah mahu menjauhkan diri dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan.

Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang mengidap kanser dan lain-lain penyakit kronik.

Bagimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih? Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya, anda mungkin tidak sanggup meminumnya.

Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi).

Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit, kita perlu mengambil permakanan tambahan terdiri dari vitamin, mineral, serat dan asid amino. Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan "radikal bebas". Radikal bebas sebenarnya adalah molekul oksigen yang mempunyai sekurang-kurangnya satu elektron yang tidak mempunyai pasangan di orbit luarnya. Ia merupakan bahan sampingan dari proses penghadaman makanan. Radikal bebas tersebut mempunyai kuasa elektrik dan mencari elektron di persekitarannya untuk menjadi stabil. Sekiranya tidak dilunturkan, dengan menggunakan antioksidan, radikal bebas akan merampas elektron dari molekul tubuh kita justeru merosakkannya.

Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. Molekul yang rosak akan membentuk sel yang rosak dan seterusnya organ yang rosak. Sel dan organ yang turut rosak adalah sel dan organ yang membentuk sistem imun lantas menjejaskan fungsinya. Sistem imun merupakan pertahanan kita menghadapi serangan mikro organisma yang menyebabkan bermacam penyakit. Sekiranya sistem imun tidak berfungsi dengan baik, kita akan terdedah kepada ancaman berbagai penyakit seperti kencing manis, kanser, lelah, alahan dan bermacam-macam lagi.

Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan untuk melunturkan radikal bebas. Kita perlu mendapatkan bekalan tambahan dari makanan seharian kita. Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan sayuran yang mengandungi antioksidan. Beri Acai, sejenis buah beri dari hutan Amazon, mempunyai kandungan antioksidan yang terbanyak jika dibandingkan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran lain. Dari kajian yang dilaksanakan, kandungan antioksidan dalam beri Acai adalah 33 kali lebih banyak dari teh hijau. Buah delima, anggur merah dan beberapa jenis beri tertentu juga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.

Untuk hidup sihat, amalkan diet yang sihat dan bersenam. Jauhi dari perkara atau amalan yang boleh membahayakan kesihatan kita.

Source:www.kesihatan.biz


TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) KANSER PANGKAL RAHIM

- Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
- Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.


(2) KANSER PAYUDARA

- bengkak atau gumpalan di buah dada
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar diketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) KANSER USUS BESAR
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) KANSER PARU-PARU

- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) KANSER PERUT

- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit

(6) KANSER LIMPA

- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) KANSER OVARI

- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) KANSER OTAK

- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personality.

(9) KANSER PROSTAT

- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) KANSER DARAH (LEUKIMIA)

- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) KANSER TEKAK

- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol
4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10)Keturunan


Info Kemoterapi :

Kemoterapi @ Radioterapi adalah sejenis rawatan yang ada pada masa sekarang. Ianya sering menjadi pilihan kepada pesakit kanser kerana faktor pemikiran yang wujud pada masyarakat hari ni. Masalah yang timbul apabila menggunakan kaedah kemoterapi ini adalah kos rawatan yang mencecah ribuan ringgit sedangkan pesakit tidak mampu untuk membayar sejumlah besar kos tersebut. Pesakit didedahkan dengan sinar radioaktif untuk mematikan sel kanser tetapi malangnya, sinar tersebut bukan sahaja merosakkan sel yang lain tetapi memberi kesan yang negatif kepada kesihatan badan dan merosakan sistem imun yang dinamakan "Sel NK (pembunuh semulajadi)",yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser.Keguguran rambut, penurunan metabolisma badan adalah diantara kesan sampingan yang dialami oleh pesakit yang menggunakan kaedah penyembuhan kemoterapi ini.Fikir-fikirkanlah!!!


Sel Kanser Yang Berada Di Dalam Tubuh Manusia.


Kanser Yang Menyerang Mulut.


Seorang Pesakit Tiroid.


Kanser Perut


Kanser Payudara Yang Lambat Mendapat Rawatan.


Kanser Yang Menyerang Testis


Larva Yang Menyerang Payudara